Tingkah laku Sintang ekor polos (burung)

Tidak banyak maklumat mengenai sintang berekor polos kerana ia merupakan spesies yang baru dikenalpasti tetapi diketahui bahawa ia bersifat krepuskul (giat pada waktu subuh dan senja) dan nokturnal (giat pada waktu malam) dan ia tidur di atas tanah di mana ia boleh menyamar dengan mudah.

Ia telah diperhatikan di atas sungai berkumpulan sehingga 20 individu pada waktu senja.

Pemakanan

Pemakanan sintang ekor polos terdiri terutamanya daripada serangga yang ditemui dalam kawanan. Ia juga boleh meminum air dengan menukik ke bawah perlahan-lahan di permukaan air.[3]

Pembiakan

Untuk menarik minat betina, sintang ekor polos jantan menyanyi. Ia juga menyanyi selepas menandakan kawasannya untuk melindungi diri daripada penceroboh.

Sintang ekor polos tidak membina sarang, sebaliknya bertelur dalam lekukan tidak bergaris di atas tanah. Ia mungkin bertelur kira-kira satu hingga dua telur, tetapi selalunya dua biji, yang berwarna putih/santan dengan tompok-tompok gelap untuk menyamar dengan lebih baik dengan tanah. Betina mengeram telur pada siang hari manakala kedua-dua induk mengeramkannya pada waktu malam selama lebih kurang 19 hingga 21 hari. Jantan bertanggungjawab terutamanya untuk melindungi sarang daripada mana-mana pemangsa atau penceroboh lain. Induk memberi makan anaknya terutamanya serangga sehingga anaknya dapat meninggalkan sarang dalam masa kira-kira 20 hingga 21 hari.

Rujukan

WikiPedia: Sintang ekor polos (burung) http://biostor.org/reference/111834/page/1 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2017-3.RLTS.T22689704A... https://beautyofbirds.com/nightjar-feeding-habits/ https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s... https://animaldiversity.org/accounts/Chordeiles_vi... https://avibase.bsc-eoc.org/species.jsp?avibaseid=... https://ebird.org/species/bahnig1 https://www.gbif.org/species/2496816 https://www.inaturalist.org/taxa/19619 https://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=11...